Sunday, December 2, 2018

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Myvi

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Myvi


Pihak kami di kereta sewa murah kota bharu kelantan menyediakan lebih 5 buah Perodua Myvi. Model lagi best dan icon. Kadar sewaan bermula dari RM120 dan semua transmisi auto.




Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta MalaysiaPerodua sejak tahun 2005 hingga kini. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.


Generasi Pertama (2005-2011)
Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.
Myvi dikilangkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Rupa baru 2008 menampilkan pilihan wanra baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver. Perodua Myvi SE terdapat dengan wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.
Generasi kedua (2011-2017)
Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011. Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.
Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.

Generasi ketiga (2017–kini)
Generasi ketiga Perodua Myvi telah diisytiharkan datang pada akhir 2017 / awal 2018. Pada 8 November 2017, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk 2018 Perodua Myvi telah dibuka. Generasi ketiga Perodua Myvi telah diumumkan pada 9 November 2017 di Malaysia Autoshow 2017. Ia dilancarkan pada 16 November 2017. Generasi Myvi ini dikenali sebagai tempatan di rumah, tanpa rebound dari generasi ketiga Daihatsu Boon. Ia adalah kereta baru yang baru di mana Toyota dan Daihatsu hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua dalam menjana Myvi yang baru. Enjin yang disediakan telah diperbaiki oleh Perodua untuk Myvi baru untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan memperoleh standard EEV sebagai Axia dan Bezza. Kali pertama di dalam kereta berjenama Malaysia untuk menawarkan 'Advanced Safety Assist' dalam AV Variant.

Kami kereta sewa murah airport kota bharu kelantan menyedikan perodua myvi model lagi best dan myvi icon sahaja. Harga yang kami tawarkan harga bermula dari RM 120 sahaja sehari. Kami mempunyai lebih 5 buah perodua myvi untuk memenuhi permintaan pelanggan kami di kota bharu ini. Hubungi pegawai pemasaran kami debawah.



Lihat Yang Lain :                                                                                                 

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KERANA MEMILIH DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT  KERETA SEWA DI KOTA BHARU KELANTAN BERSAMA KAMI. KAMI MEMOHON MAAF JIKA ADA KEKURANGAN DAN KAMI SEDIA MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KAMI UNTUK MASA AKAN DATANG. SEHINNGA BERJUMPA LAGI.
call / whatsapp : +6019-497-7673 (EN FAIZAL)
email : kkcarrental8899@gmail.com
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI

No comments:

Post a Comment