Sunday, December 2, 2018

Kereta Sewa Kelantan - Proton Saga FLX

Kereta Sewa Kelantan - Proton Saga FLX

Pihak kereta sewa kota bharu kelantan menyediakan lebih 7 buah Proton Saga FLX auto. Kadar sewaan bermula dari RM100 dan semua transmisi auto. 




Proton saga FLX
8 bulan selepas pelancaran Saga FL iaitu pada Julai 2011, Proton menambah Saga FLX dalam barisan model keluarannya. Tambahan 'X' bermaksud "ekstra". Pihak kereta sewa kelantan sangat berpuas hati dengan modal ini. FLX didapati dalam varian Standard dan Executive trim lines. Kedua-dua versi dilengkapi dengan enjin CamPro IAFM+ yang diperbaharui, yang mana boleh digandingkan sama ada dengan transmisi manual ataupun CVT. Namun pihat kereta sewa kota bharu menyediakan kereta sewa saga flx transmisi auto sahaja. Punch Powertrain CVT buatan Belgium menghasilkan pecutan lancar tanpa sentakan penukaran di samping penjimatan bahan api yang lebih baik daripada transmisi automatik 4 kelajuan. Dari segi keselamatan, Saga FLX kini didatangkan dengan dua beg udara dan sistem brek cegah kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD). Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut hanya boleh didapati pada varian Executive yang lebih mahal. Pengendalian ditambah baik melalui tetapan sistem gantungan baharu yang menampilkan spring yang lebih keras, bar cegah golekan hadapan yang lebih tebal dan penyerap hentak baharu yang lebih seimbang antara keselesaan perjalanan dengan prestasi pengendalian. Satu pilihan warna baharu, Perang Elegan boleh didipati dan bahagian luaran Saga FLX sama seperti Saga FL.

Pihak kami di kereta sewa kota bharu kelantan sangat berpuas hati dengan model proton saga flx ini. Oleh kerana itu kami menyediakan lebih dari 7 unit untuk disewakan dan digunakan oleh pelanggan-pelanggan kami di sekitar kota bharu kelantan. Pihak kami mengalu-alukan pelanggan untuk menempah kereta sewa di kota bharu ini bersama kami. Sila hubungi pegawai pemasaran kami dibawah.


Lihat Yang Lain :                                                                                                       

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KERANA MEMILIH DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT  KERETA SEWA DI KOTA BHARU KELANTAN BERSAMA KAMI. KAMI MEMOHON MAAF JIKA ADA KEKURANGAN DAN KAMI SEDIA MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KAMI UNTUK MASA AKAN DATANG. SAYA SEDIA BERHIDMAT.
call / whatsapp : +6019-497-7673 (EN FAIZAL)
email : kkcarrental8899@gmail.com
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Myvi

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Myvi


Pihak kami di kereta sewa murah kota bharu kelantan menyediakan lebih 5 buah Perodua Myvi. Model lagi best dan icon. Kadar sewaan bermula dari RM120 dan semua transmisi auto.




Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta MalaysiaPerodua sejak tahun 2005 hingga kini. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.


Generasi Pertama (2005-2011)
Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.
Myvi dikilangkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Rupa baru 2008 menampilkan pilihan wanra baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver. Perodua Myvi SE terdapat dengan wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.
Generasi kedua (2011-2017)
Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011. Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.
Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.

Generasi ketiga (2017–kini)
Generasi ketiga Perodua Myvi telah diisytiharkan datang pada akhir 2017 / awal 2018. Pada 8 November 2017, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk 2018 Perodua Myvi telah dibuka. Generasi ketiga Perodua Myvi telah diumumkan pada 9 November 2017 di Malaysia Autoshow 2017. Ia dilancarkan pada 16 November 2017. Generasi Myvi ini dikenali sebagai tempatan di rumah, tanpa rebound dari generasi ketiga Daihatsu Boon. Ia adalah kereta baru yang baru di mana Toyota dan Daihatsu hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua dalam menjana Myvi yang baru. Enjin yang disediakan telah diperbaiki oleh Perodua untuk Myvi baru untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan memperoleh standard EEV sebagai Axia dan Bezza. Kali pertama di dalam kereta berjenama Malaysia untuk menawarkan 'Advanced Safety Assist' dalam AV Variant.

Kami kereta sewa murah airport kota bharu kelantan menyedikan perodua myvi model lagi best dan myvi icon sahaja. Harga yang kami tawarkan harga bermula dari RM 120 sahaja sehari. Kami mempunyai lebih 5 buah perodua myvi untuk memenuhi permintaan pelanggan kami di kota bharu ini. Hubungi pegawai pemasaran kami debawah.



Lihat Yang Lain :                                                                                                 

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KERANA MEMILIH DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT  KERETA SEWA DI KOTA BHARU KELANTAN BERSAMA KAMI. KAMI MEMOHON MAAF JIKA ADA KEKURANGAN DAN KAMI SEDIA MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KAMI UNTUK MASA AKAN DATANG. SEHINNGA BERJUMPA LAGI.
call / whatsapp : +6019-497-7673 (EN FAIZAL)
email : kkcarrental8899@gmail.com
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Viva

Kereta Sewa Kelantan - Perodua Viva

Pihak kereta sewa kota bharu kelantan menyediakan 5 buah perodua viva. Kadar sewaan bermula dari RM80 untuk transmisi manual dan RM90 untuk transmisi auto.


Perodua ViVA merupakan kereta terbaru yang dihasilkan oleh Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Perodua ViVA telah dilancarkan pada 10 Mei 2007. Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa, kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan Kelisa sahaja, manakala Kancil akan terus dijual. Perodua ViVA ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan - 660cc, 850cc dan 1,000cc - menggunakan enjin DVVT Daihatsu.
'Viva' merupakan istilah bahasa Latin yang bermakna 'Untuk Hidup' dan ia sering menjadi ungkapan penghormatan yang juga bermakna 'Selamat Panjang Umur'. Model Viva adalah pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kelisa. Harga atas jalan Viva ialah antara RM28,400 hingga RM43,800 sebuah dan ditawarkan dalam lima pilihan warna. Isian penuh tangki kenderaan boleh memuatkan 45 liter petrol.
Bagi kereta dengan keupayaan enjin 660cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu "Standard" dan "Premium". Bagi Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.
Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik (DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua.
Kereta keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD). Antara ciri paling menonjol Viva ialah panjang ruang dalamannya iaitu 1,845 milimeter yang disifatkan terpanjang dalam segmen kereta kompak, sekali gus menjamin keselesaan penumpang.
Pergerakan keluar masuk juga mudah kerana keempat-empat pintunya boleh dibuka 90 darjah. Ciri-ciri tambahan lain ialah pengubah kedudukan kerusi, pemain audio CD, cermin sisi elektronik dan butang kawalan keempat-empat cermin (bagi keupayaan enjin 850cc dan 1,000cc sahaja).
Idea menghasilkan Perodua ViVA bermula pada 2005 membabitkan 124 vendor yang bekerjasama rapat dengan Perodua bagi mengeluarkan lebih 1,000 komponen secara tempatan. Hasilnya, Perodua ViVA mempunyai kira-kira 90 peratus komponen tempatan sepenuhnya, menjadikannya antara kenderaan yang paling tinggi kandungan tempatan setakat ini.

Kami menyediakan lebih 5 buah sahaja dan ada transmisi auto dan manual. Harga yang kami di kereta sewa murah kota bharu kelantan tawarkan bermula dari RM80. Hubungi pegawai kami untuk menempah.

Lihat Yang Lain :                                                                                                       

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KERANA MEMILIH DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT  KERETA SEWA DI KOTA BHARU KELANTAN BERSAMA KAMI. KAMI MEMOHON MAAF JIKA ADA KEKURANGAN DAN KAMI SEDIA MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KAMI UNTUK MASA AKAN DATANG. SEHINNGA BERJUMPA LAGI.
call / whatsapp : +6019-497-7673 (EN FAIZAL)
email : kkcarrental8899@gmail.com
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI
Direct Whatsapp DISINI DISINI DISINI