Sunday, September 2, 2018

Cara Cuci Filter Aircond

Aircond Kereta Dah Tak Sejuk? Ini Cara Cuci Filter Yang Dah Berhabuk :

.
.

servis aircond
“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?”
Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan filter yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau aircond kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa filternya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh KK CAR RENTAL ini.

CARA CUCI FILTER AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM)

Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci filter aircond Proton Saga. Berbanding Myvi, filter Saga lagi senang untuk dicuci. Filter aircond ada di belakang glove box.
Lihat langkahnya di bawah.
1. Buka Glove Box Compartment
Ini dia glove box compartment. Tanggalkan dari kedudukan.
2. Kenalpasti Filter
Selepas glove box compartment ditanggalkan, akan kelihatan blower dan filter. Blowerberbentuk sfera dan filter di atasnya.
servis aircond
4. Keluarkan Filter
Buka penutup filter dan tarik keluar filter. Ini dia filter yang kotor. Filter Saga sama design dengan filter aircond rumah dan senang dicuci.
5. Cuci Filter
Gunakan air paip dan siram dari arah belakang filter.
Sental sikit dengan menggunakan span basuh pinggan dan sabun basuh pinggan.
servis aircond
Dah siap.
6. Keringkan
Jemur di bawah cahaya matahari sampai kering.
7. Pasangkan Semula Filter
Bila dah kering, bolehlah pasangkan filter di tempatnya semula. Mudah saja. Boleh jimat duit bila buat sendiri.

JANGAN LUPA SERVIS AIRCOND SECARA BERKALA

Filter yang dah terlalu berhabuk eloklah ditukar dengan yang baru. Ada macam-macam jenama dan range harga di pasaran, sekitar RM50-RM90.
Mudah-mudahan, cara ini dapat membantu menjadikan aircond kereta anda lebih efisyen. Walau apapun, jangan lupa servis aircond secara berkala juga untuk memeriksa jika ada lain-lain masalah.
TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment